Lawrence Wong
Lawrence Wong

Lawrence Wong

Lawrence Wong Shyun Tsai (Cina ringkas: 黄循财; Cina tradisional: 黃循財; pinyin: Huáng Xún Cái; lahir 18 Disember 1972; umur 48 tahun) ialah seorang ahli politik Singapura. Beliau mewakili Parti Tindakan Rakyat di mana beliau dilantik menjadi Menteri Pembangunan Negara setelah pilihan raya umum Singapura dilaksanakan pada tahun 2015; beliau sebelumnya terlibat Kementerian-Kementerian Pertahanan, Pendidikan, Perhubungan dan Penerangan serta Kebudayaan, Masyarakat dan Belia. Pada 22 Ogos 2016, beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan. Beliau menjadi ahli Parlimen sejak 2011 mewakili Kawasan-Kawasan Undi Perwakilan Pantai Barat (2011-2015) dan Marsiling-Yew Tee (sejak 2015).[4]Beliau mengerusi Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian mengenai COVID-19 bersama Gan Kim Yong, Menteri Kesihatan Singapura bertindak balas terhadap wabak virus tersebut di negara tersebut.[5]

Rujukan

WikiPedia: Lawrence Wong http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/chan... http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/live... http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/prim... http://www.parliament.gov.sg/mp/lawrence-wong http://www.parliament.gov.sg/mp/lawrence-wong?view... https://www.facebook.com/LawrenceWongST https://mndsingapore.wordpress.com/ https://web.archive.org/web/20140501234110/http://... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Lawren... https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/moh-...